Welcome Animasi3D.com adalah sebuah web penyedia layanan pembuatan animas...

Welcome























Animasi3D.com adalah sebuah web penyedia layanan pembuatan animasi 3D,saat ini animasi3D
lagi berfokus ada pembuatan film stereo pertama kami dan film yang sedang kami buat berfokus kepada pendidikan,karena peluang animasi dalam dunia pendidikan semakin besar,siswa akan lebih mudah memahami materi pendidikan apabila disajikan dalam mode visual,mode animasi.
sehingga akan terwujud sebuah sistem pendidikan yang mudah dan menyenangkan
Harapan kami adalah Animasi3D.com bisa mewujudkan pendidikan indonesia dengan karya Animasi  agar semakin maju dan berkualitas

Animasi  Animasi (animation) berasal dari perkataan ...

Animasi 























Animasi (animation) berasal dari perkataan latin yang membawa arti ‘dihidupkan’. Dengan kata lain, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara keseluruhannya, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.
Selain itu ada juga sumber yang menyebutkan bahwa Animasi berasal dari  (animation) berasal dari perkataan latin yang membawa erti ‘dihidupkan’. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara keseluruhannya, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.
Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada image statik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Animasi juga boleh merujuk kepada set grafik yang dipaparkan dengan pantas dalam bentuk siri bingkai (frame) atau objek mahupun aksara.
Teknologi internet terus berkembang pesat sehinggakan image dinamik ataupun animasi juga boleh dimasukkan ke dalamnya tanpa memerlukan masa pindah terima yang terlalu panjang. Terdapat pelbagai keadaan di mana animasi diperlukan penggunaannya di dalam sesebuah halaman web, antaranya ialah bagi menceriakan  sesuatu halaman web, menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menjimatkan ruang storan di dalam sesuatu komputer pelayan (server) bila menggunakan animasi berbanding dengan video bagi menunjukkan peristiwa yang sebenar. Animasi juga digunakan bertujuan untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat diterangkan menggunakan media-media yang lain.